Home » » CARA MENGEBUMIKAN JENAZAH

CARA MENGEBUMIKAN JENAZAH

Written By lesbumi on Jumat, 16 Desember 2016 | 21.11

1. Diwajibkan mengebumikan mayat sekalipun mayat seorang kafir sebagaimana yang diperintahkan oleh Nabi s.a.w untuk mengebumikan mayat-mayat musyrikin Mekah yang mati dalam peperangan Badar.( HR Bukhari dan Muslim daripada Abu Talhah al-Ansari.
Sebaik jenazah selesai disembahyangkan, kebumikanlah dengan segera.

2. Tidak boleh dikebumikan jenazah pada waktu-waktu berikut kecuali terpaksa :
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan Ashabus sunan dari 'Uqbah ibn 'Amir , katanya :

Ada 3 saat yang waktu itu kami dilarang oleh Nabi saw buat melakukan solat atau mengubur mayat, yaitu tepat waktu terbitnya matahari sampai ia naik, ketika tepat tengah hari hingga ia tergelincir dan ketika hampir terbenamnya matahari sampai ia terbenam. Jumhur ulama berpendapat bahawa jika dikhawatirkan membusuknya mayat, maka boleh dikuburkan pada ketiga waktu ini tanpa dimakruhkan.

3. Diwajibkan mendalamkan kubur , meluaskannya dan memperelokkannya. Sekiranya perlu dibolehkan dikebumikan beberapa jenazah dalam satu liang.

Ini berdasarkan hadis Hisyam ibn 'Amir r.a katanya : Pada hari peperangan Uhud telah menimpa apa yang telah ditimpa oleh orang-orang Islam dan beberapa orang telah cedera maka kami berkata : Wahai Rasulullah s.a.w, menggali kubur bagi setiap orang susah, apa yang kamu nak perintahkan kepada kami? Rasulullah s.a.w menjawab : Galilah, luaskanlah, dalamkanlah, perelokkanlah dan kebumikan 2 atau 3 jenazah dalam satu kubur. HR Abu Daud, al-Nasai dan al Tirmidzi.

Tujuan menguburkan mayat adalah untuk menutupinya dalam sebuah lobang agar tidak menyebarkan bau dan untuk menjaganya dari binatang-binatang buas dan burung-burung. Maka jika tujuan itu telah terpenuhi, bagaiamanapun juga cara danbentuknya berarti lepaslah tugas dan beban kewajiban.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, dan Ibnul Mundzir, dari Umar bahawa ia berpesan : "Galilah kubur itu setinggi tegak dan selebar badan!"
Menurut Abu hanifah dan Ahmad, hendaklah digali seperdua tinggi badan dan jika lebih dalam maka lebih baik.

4. Disunatkan dibuat lahad atau shaq ( parit dipertengahan kubur ) dalam kubur. Lahad lebih utama kecuali jika tanah tidak sesuai.
Lahad ertinya ialah liang disisi kubur arah arah kiblat, diatasnya ditegakkan batu-batu bata atau papan-papan kayu, sehingga rupanya seakan-akan rumah yang beratap. Shaq adalah parit dipertengahan kubur untuk mayat, diatasnya ditutupi dengan batu-batu bata atau papan-papan kayu sebagai atap. Keduanya boleh di gunakan hanya lahad lebih utama

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu majah dari Anas,katanya :
Tatkala Rasulullah saw wafat, ada seorang ahli yang membuat lahad, dan ada pula yang membuat shaq. Maka kata sahabat-sahabat : " Kita minta kedua mereka datang sambil kita istikharah minta dipilihkan oleh Tuhan kita. Maka mana-mana diantara kedua orang itu yang lebih cepat datang, ialah yang akan kita pakai." Demikianlah mereka mengirim suruhan kepada kedua orang itu, kiranya yang lebih dulu tiba ialah tukang lahad, maka mereka buatlah makam Nabi saw dengan liang lahad.

Dari Ibnu Abbas ra. Berkata : Rasulullah saw bersabda : " Lahad adalah buat kita dan shaq buat selain kita. HR Ahmad , Ashabu sunan, dihasankan oleh Tirmidzi.

5. Lelaki dituntut untuk menurunkan mayat ke dalam liang walaupun jenazah seorang wanita dan ahli keluarga diutamakan.

- Allah SWT berfirman : Orang-orang yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya dari (pada yang bukan kerabat).

6. Mayat diturunkan melalui hujung kubur.

- Berdasarkan hadis Abu Ishaq katanya :
al-Harith r.a telah mewasiatkan supaya Abdullah ibn Yazid r.a menyembahyangkan jenazahnya maka disembahyangkan dan jenazahnya dimasukkan ke dalam kubur melalui 2 kaki kubur ( hujung kubur dan beliau berkata : Ini adalah sunnah. HR Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf dan Abu Daud.

7. Mayat dibaringkan sebelah kanan sisinya dengan mukanya menghadap kiblat, dan orang yang menaruhnya hendaknya membaca : Bismillah wa 'ala millati ( sunnati ) rasulillah. Selanjutnya liang ditutup dengan kayu papan. Amalan membaringkan mayat sebelah kanan sisinya dengan mukanya menghadap kiblat adalah amalan umat Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w hingga sekarang yang tidak ada khilaf ( perbezaan pendapat diantara ulama ), sebagaimana dijelaskan di dalam kitab al-Muhalla ( 5/173 ).

- Bahawa Nabi saw bila meletakkan mayat ke dalam kubur, ia mengucapkan : "Bismillah wa 'ala millati rasulillah" atau " wa ala sunnati rasulillah " HR Ahmad, Abi daud, Tirmidzi, dan juga Nasai baik secara musnad maupun mauquf.

8. Meletakkan atau melemparkan 3 kepal / genggam tanah kearah kepala mayat, setelah ditutup liang jenazah dengan kayu papan.

- Dari Amar ibn Rabiah beliau berkata : Bahawasanya Nabi s.a.w solat atas jenazah Usman ibn Maz 'un dan baginda datang ke kubur , maka ia menuangkan tanah 3 kali diatas kuburnya.

- Berdasarkan pada riwayat yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah :

Bahawa Nabi sw mensolatkan satu jenazah kemudian mendatangi kuburnya dan meletakkan tanah dari arah kepala sebanyak 3 kali.

Tidak disunnahkan untuk membaca doa-doa saat melemparkan 3 kepal tanah tersebut. Ada yang berpendapat bahawa pada lemparan sekepal tanah yang pertama hendaknya dibaca : Minha khalaqnaakum, pada lemparan ke dua dibaca : wa fiiha nu 'iidukum, dan lemparan ke tiga dibaca : wa minha nukhrijukum taa ratan ukhraa.

Pendapat diatas berasaskan pada hadis Abi 'Umamah r.a katanya : Disaat jenazah Ummu Kultsum anak Rasulullah s.a.w diletakkan di dalam kubur, Rasulullah s.a.w bersabda :
Minha khalaqnaakum, fiiha nu 'iidukum, wa minha nukhrijukum taa ratan ukhraa.
Hadis riwayat Ahmad, dari riwayat 'Ubaidillah ibn Zahar dari 'Ali ibn Zaid ibn Jud'an dari Qasim.

Hadis ini lemah bahkan maudhu' menurut penilaian Ibn hibban. Ibnu Hibban berkata : 'Ubaidullah ibn Zahar banyak meriwayatkan hadis-hadis palsu.
Jika kedudukan hadis ini lemah, maka tidak dibenarkan mengamalkannya, sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar dalam kitab Tabyinul ' ajab fiima warada fi fadhlil al- Rajab.
( Rujuk ke kitab ahkamul janaiz karya al-Bani, Ms 194&195 )

9. Dibolehkan bagi orang-orang yang menghadiri pengebumian atau yang menziarahi jenazah di perkuburan untuk duduk dan salah seorang dari mereka menyampaikan tazkirah tentang hikmah kematian dan pentingnya iman dan amal soleh. Tazkirah ini dilakukan saat proses pengebumian berlangsung ( bukan selepas pengebumian ) atau saat menziarahi jenazah di perkuburan Berdasarkan kepada hadis Ali Bin Abi Thalib yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, juga hadis al-Bara' ibn 'Azib ( Rujuk ke kitab Ahkamul janaiz wa bida 'uha karya al-Bani, Ms 198 )

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : NU | GP. ANSOR | PP Muslimat NU
Copyright © 2011. LESBUMI NU TARAKAN - All Rights Reserved
Dukungan MUI dan Kota Tarakan
Proudly powered by Blogger
}); //]]>